khasiat petai


sape suka makan petai??aq xske petai coz bau dy busuk..kalau masuk toilet lagila...perghhh...bau memang semerbak la..haha..tapi aq tgk ayah aq makan petai macam sodappp je..2 yang aq ase nak taw ape khasiat makan petai ni...banyak rupanya khasiat petai ni korang...meh aku kongsi ngan korang..



Biji Petai
Khasiatnya ialah apabila dimakan dapat merawat masalah hati (liver), busung, bengkak buah pinggang, kencing manis (diabetes). Juga dapat membunuh cacing dalam perut serta usus, lalu keluar bersama najis.

Daun
Daun petai boleh digunakan untuk merawat demam kuning. Caranya ialah dengan merebus daun petai, kemudian airnya dibuat minum.

Akar (kulit akar)
Ini khusus untuk rawatan kencing manis (diabetes), juga direbus kemudian airnya diminum. Amalkan selalu.Berdasarkan penelitian yang diperolehi daripada The New England Journal of Medicine mendapati amalan memakan petai setiap hari berupaya menurunkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40 peratus.


Merokok 
Petai dikatakan berupaya membantu individu yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, kalium dan magnesium yang terdapat di dalam petai dikatakan berupaya membantu tubuh sembuh cepat daripada ketagihan nikotin.

Anemia
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, petai berupaya menstimulasi pembentukan sel darah merah sekali gus mengurangkan derita pesakit anemia.

Sembelit
Petai memiliki kandungan serat yang tinggi. la membantu memudahkan proses pencernaan sekali gus mengelakkan masalah sembelit.

Kegemukan
Hasil kajian yang dilakukan oleh Institut Psikologi Austria, mendapati tekanan yang dialami akibat kerja menyebabkan ramai yang memilih coklat untuk mengurangkan tekanan. Begitu pun, makanan tersebut sebenarnya membuatkan anda berhadapan dengan masalah kegemukan. Amalan memakanan petai berupaya mengatasi masalah kegemukan.

Depresi
Petai dipercayai dapat mengurangkan depresi. Ini kerana ia mengandungi Trytophan yang berupaya merubah mood seseorang menjadi lebih relaks dan tidak tertekan.

Tekanan Darah
Kandungan potasium yang tinggi tetapi kandungan garamnya pula rendah! Ya.. Itulah Petai yang dikatakan Raja Segala Ulam. Oleh itu Pentadbiran Makanan dan Ubatan Amerika Syarikat (FDA) telah menyenaraikan Petai sebagai salah satu tumbuhan yang patut diamalkan untuk mengurangkan risiko tekanan darah.

Tenaga Minda
Kajian yang dilakukan di Sekolah Twikenham Middlesex dengan seramai 200 orang pelajar hanya diberi makan petai untuk sarapan, makan tengahari dan masa rehat telah membuktikan petai yang mempunyai kandungan potasium yang tinggi boleh membantu pelajaran dengan membuatkan pelajar lebih segar dan menguatkan tenaga minda seseorang pelajar.





p/s : jom makan petai banyak2 !! HAHAHAHA *memang bley pengsan kalau masuk toilet

 

7 comments:

Alif Haris said...

hahaha .. sy pn suka mkn petai. get ready r kalau dah makna petai, memang buang air semua bau petai.. hahaha style !

laila miera said...

hahaha..style la sgt kan...

nadia said...

sama lah kita tak suka makan petai..
hehe

uncle said...

dalam banyak-banyak makanan eksotik..petai paling uncle suka hihihi

EMYR ASHRAFF said...

wah ternyata petai ni bnyk khasiatnya.. nice info.

laila miera said...

tapi busuk.....huhu

Siti Nurfariha said...

lompat si katak lompat